PENGENALAN
Menurut Norazila
Mat, Muhammad Syaqif Noordin, et al (2017) kemahiran insaniah pada pandangan
beberapa sarjana juga disebut sebagai people skills, soft skills dan emotional
intelligence. Kesemuanya membawa maksud yang serupa, iaitu kebolehan seseorang
menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina
hubungan dengan persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi.
Kemahiran
insaniah amat penting kepada pelajar kerana kemahiran ini memberikan nilai
tambah dalam pencapaian pelajar secara keseluruhan. Kebanyakan organisasi
memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran insaniah yang cemerlang untuk
bekerja di syarikat mereka. Oleh itu, mahasiswa perlu membentuk kemahiran
insaniah mereka dari universiti lagi supaya dengan kemahiran ini mereka akan
mudah menyesuaikan diri dengan pekerjaan apabila mereka sudah menamatkan
pengajian kelak. Kebanyakan mahasiswa sukar mendapat pekerjaan setelah tamat
pengajian kerana mereka lemah dalam kemahiran insaniah walaupun mempunyai
pencapaian akademik yang baik.
Elemen
kemahiran insaniah yang perlu ada kepada seseorang individu adalah unsur-unsur
yang ada dalam kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal, seperti
kebolehan berkomunikasi, penampilan diri, keyakinan diri, konsep diri, kerja
berpasukan, kefasihan berbahasa sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau
Inggeris, kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang lain, kebijaksanaan
menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi situasi
budaya masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, kebolehan menggunakan
kata panggilan yang betul dan sopan dalam komunikasi, kebolehan mengawal emosi
dan menguruskan tekanan, kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah dan
akhir sekali kemahiran memotivasikan diri.
Menurut Nussabaum,
(2007) di dalam penulisan Nurul Salmi et.al, (2019) kemahiran komunikasi adalah
suatu kebolehan untuk mewujudkan interaksi atau hubungan melalui medium
perantara atau sebaliknya dengan orang lain. Kemahiran komunikasi ini meliputi
kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar, etika dalam berkomunikasi, dan
juga mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi. Berdasarkan kepada arus
globalisasi kini, kemahiran komunikasi telah menjadi suatu aspek penting yang
amat dititikberatkan supaya dikuasai oleh setiap individu. Proses komunikasi
merupakan tunjang utama dan tidak dapat dielakkan bagi seseorang itu dalam
menjalankan aktiviti harian mereka. Ini kerana, proses ini akan terjadi dengan
sendirinya apabila wujudnya interaksi antara dua individu tanpa dapat
dielakkan.
Menurut Abdullah, (2008) di dalam
penulisan Nurul Salmi et.al, (2019) komunikasi memainkan peranan yang sangat
besar dalam kehidupan manusia. Dalam proses sosialisasi, kemahiran ini dapat
membantu ahli sosiologi bagi melahirkan institusi sosial dan seterusnya memberi
pengaruh ke atas budaya dan struktur sosial. Ini kerana, setiap individu akan
melalui perjalanan hidup tersendiri. Berdasarkan pengalaman yang dilalui
tersebut akan menjadi pelajaran kepada mereka. Ilmu tersebut seterusnya boleh
dikongsi dengan orang lain bagi mewujudkan komunikasi. Contohnya ketika proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas, guru dan pelajar seharusnya
mengamalkan komunikasi dua hala antara supaya mereka bertukar-tukar pengalaman
dan pengetahuan antara satu sama lain. Dengan wujudnya interaksi ini,
pengalaman dan pengetahuan mereka dapat dikongsi bersama dan seterusnya memberi
manfaat kepada mereka.
Menurut Nurul Salmi et.al, (2019)
komunikasi dalam bidang pendidikan adalah nadi utama di sesebuah institusi
pengajian adalah kemahiran komunikasi yang mana ianya menjadi medium bagi
menyampaikan sesuatu ilmu. Proses pembelajaran dan ilmu yang diperoleh dari
institusi-institusi ini akan menjadi input bagi pembentukan dan perubahan
seseorang individu itu. Selain itu, kajian mendapati dalam aktiviti seharian
manusia, sebanyak 70 peratus masa digunakan untuk tujuan komunikasi. Ini
kerana, manusia sentiasa berkeinginan untuk mendapatkan maklumat baru dan
saling berhubungan antara satu sama lain dalam kebanyakan aktiviti harian
mereka. Bagi pelajar, aktiviti harian mereka lebih banyak tertumpu di sekolah.
Oleh yang demikian, guru seharusnya menggunakan ruang dan peluang yang ada bagi
membantu proses pembentukan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Selepas
waktu persekolahan pula, guru juga perlu menjaga komunikasi mereka dengan
masyarakat luar terutamanya ibu bapa kerana kredibiliti seorang guru itu
dinilai oleh orang awam sepanjang masa.
KEBIJAKSANAAN
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN
Menurut Boothman,
(2004) di dalam penulisan Elizabeth, (2020) manusia merupakan makhluk sosial
yang selalu berhubungan dengan orang lain, baik secara individu mahupun secara
kelompok. Pada saat ini banyak orang merasa bosan, merasa tidak mempunyai kawan,
dan merasa tidak diterima dalam pergaulan di masyarakat. Banyak orang pandai
yang tidak berjaya dalam bidang, padahal sebenarnya rahasia berjaya tidak sulit
untuk dijumpai. Salah satu rahasianya adalah dengan memiliki hubungan yang baik
dengan semua orang. Semakin baik seseorang menjalin hubungan dengan orang lain,
semakin baik pula kualiti kehidupan orang itu.
Menurut
Elizabeth, (2020) manusia adalah makhluk sosial yang tidak terlepas dari
jalinan hubungan dengan orang lain dan hidup dengan saling tolong menolong.
Dalam menjalin hubungan dengan orang lain, seseorang harus mengetahui seni
menjalin hubungan yang baik agar ia dapat diterima dalam pergaulan dan
disenangi oleh orang di sekitarnya. Demikian juga, ketika menjadi seseorang
yang disukai oleh orang lain, maka orang lain akan menjadi terbuka dengan orang
itu. Disukai oleh orang lain berhubungan dengan bagaimana penampilan seseorang,
tetapi lebih erat hubungannya dengan bagaimana membuat sesamanya merasa aman,
nyaman, dan senang berada di dekatnya. Orang yang mudah disukai oranf lain
memberikan isyarat-isyarat yang sangat jelas tentang kesediaannya untuk bersosial
dan mengungkapkan bahwa saluran komunikasi terbuka. Untuk menjadi orang yang
menarik tidak harus cantik atau tampan, tapi untuk menjadi orang yang menarik
harus baik pada orang lain, berguna bagi orang lain, dan unik (memiliki pribadi
yang unik dan lain dari orang lain). Tiap manusia dilahirkan berbeza tidak ada
satu pun yang sama persis. Bila seseorang menjadi dirinya sendiri, orang itu
akan menjadi seorang yang unik dan menarik yang akan dikagumi banyak orang.
Seseorang yang bersikap terbuka dan ramah akan menarik perhatian orang lain. Seorang setiausaha harus memiliki seni menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, baik dengan rakan sekerja mahupun dengan rakan bisnis perusahaan sehingga ia dapat melihat keuntungan yang diperoleh apabila ia dapat membuat orang lain menyukainya. Apabila seorang setiausaha memiliki hubungan yang baik dengan orang lain, ia tidak akan mengalami kesulitan dalam menyelesaikan tugas dan tanggungjawab. Selain itu, hal itu akan mendatangkan keuntungan bagi syarikat tempatnya bekerja. Untuk itu, sebagai seorang setiausaha yang profesional, haruslah terus mengembangkan kemampuannya dalam bidang ini. Seorang setiausaha akan menjadi setiausaha yang berjaya apabila dirinya memiliki kepribadian yang menyenangkan sehingga akan disukai oleh orang sekeliling.
KEBIJAKSANAAN
MENYESUAIKAN DIRI
Menurut Nasrudin
Subhi et. el, (2020) mengatakan bahawa penyesuaian diri merupakan proses yang
sering dialami dalam kitaran hidup seseorang manusia yang mengalami perubahan
persekitaran. Impak keberkesanan penyesuaian diri mempengaruhi kehidupan harian
setiap individu. Dalam konteks pelajar, penyesuaian diri dengan persekitaran
universiti adalah untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam pembelajaran.
Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penyesuaian diri
pelajar serta cara gaya tindak terhadap masalah yang berlaku dalam hidup
mereka.
Menurut
Ramsay et. al, (2007) di dalam penulisan Nasrudin Subhi et. el, (2020) penyesuaian merujuk kepada satu proses
dinamik yang menuju ke arah pencapaian dengan kesepadanan yang sesuai antara
seorang individu dengan persekitarannya. Peralihan ke tahap pendidikan tinggi
adalah satu tempoh di mana kehidupan seseorang akan mengalami perubahan bagi memerlukan
penyesuaian. Bagi pelajar, tempoh peralihan ke universiti mewakili perpisahan
daripada cara hidup dan norma yang berhubung dengan pengalaman. Oleh itu,
penyesuaian kepada kehidupan di kolej atau universiti adalah satu proses yang
mencabar bagi kebanyakan pelajar. Cara gaya tindak adalah satu strategik
kesedaran yang digunakan oleh individu yang melibatkan usaha kognitif dan
tingkah laku ketika menghadapi sesuatu kejadian tertekan.
Menurut Nasrudin Subhi et. el, (2020) mengatakan bahawa mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan baik akan lebih cenderung menggunakan cara gaya tindak berorientasi tugasan mungkin kerana mereka mempunyai sokongan daripada orang lain atau berasa puas hati dengan sistem pentadbiran di universiti. Penyesuaian yang baik ini dapat membantu mereka untuk melibatkan diri dalam tingkah laku yang bertujuan untuk mengurangkan atau menghilangkan tekanan. Oleh itu, penyesuaian yang baik menggalakkan penggunaan cara gaya tindak berorientasi tugasan.
KEFASIHAN
BERBAHASA MELAYU
Menurut Fadzilah
Rahman, (2021) menyatakan bahawa penguasaan berbahasa kebangsaan perlu untuk
meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang murid. Bagi murid bukan
Melayu, kemahiran berbahasa Melayu merupakan kemahiran tambahan dalam berbahasa
dan mempunyai perbezaan yang ketara dengan kemahiran menggunakan bahasa ibunda.
Perbezaan bahasa akan menyebabkan wujudnya perbezaan antara dua kelompok
penutur dari aspek budaya dan pemikiran. Walaubagaimanapun, kemahiran bertutur
menggunakan bahasa Melayu wajib dikuasai oleh setiap murid di Malaysia untuk
kelangsungan hidup atau ‘survival’ dalam kalangan masyarakat yang pelbagai
etnik di Malaysia.
Menurut
Rahman Talib, (1060) di dalam penulisan Fadzilah Rahman, (2021) mengatakan
selain menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa Melayu juga
dimartabatkan sebagai bahasa utama dalam bidang pendidikan. Dasar Pendidikan
Kebangsaan melalui Penyata Razak (1956) telah menetapkan, anak-anak berlainan
bangsa perlu mempelajari isi kandungan kurikulum yang sama di Malaysia. Hanya
dua jenis sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK) yang dibenarkan. Di Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar manakala di SJK menggunakan bahasa vernakular sebagai bahasa
pengantar. Bermula pada tahun 1968, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
pengantar tunggal bagi sistem pendidikan di negara ini.
Menurut
Fadzilah Rahman, (2021) menyatakan bahawa persekitaran bahasa hendaklah
dibentuk dan dicipta menggunakan pelbagai aktiviti yang melibatkan bahasa
kedua. Murid juga harus digalakkan berusaha sendiri untuk menguasai kemahiran
berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu. Keupayaan murid mencapai keputusan
cemerlang dalam kemahiran bertutur dipengaruhi oleh strategi yang digunakan oleh
mereka. Murid perlu digalakkan oleh guru melibatkan diri dengan interaksi
secara langsung di dunia sebenar menerusi aktiviti seharian, berinteraksi
dengan pekerja natif di sekolah seperti kerani, pengawal keselamatan, pekerja
kantin, dan menggalakkan murid bertutur menggunakan bahasa Melayu di luar
kelas. Penguasaan ilmu bahasa tambahan seperti pengetahuan budaya penutur asli
memudahkan interaksi secara aktif. Melalui aktiviti yang berpusatkan murid
sendiri secara langsung dapat meningkatkan kosa kata untuk berkomunikasi dalam
masyarakat yang multietnik di Malaysia.
CADANGAN /
PENUTUP
Kemahiran insaniah
ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok-belok pekerjaan demi
menyiapkan diri graduan dalam alam pekerjaan kelak. Kemahiran insaniah ini juga
berkisar tentang isu bagaimana hendak mempersiapkan diri graduan supaya mereka
diterima sebagai pekerja dan meningkatkan peluang “emplyability” mereka sebagai
graduan. Ia bukan hanya berkisar tentang setakat mana pencapaian akademik
mereka. Oleh itu, graduan haruslah diberikan pendedahan awal dalam bidang tugas
sebagai setiausaha tentang kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang
setiausaha yang berkemahiran.
Selain itu, pelajar
mestilah memupuk sifat menepati masa dalam kalangan pelajar bagi melahirkan
pelajar yang berdisiplin dalam pengurusan masa dalam menyiapkan sesuatu tugas
dan secara tidak langsung mereka akan membawa sikap menepati masa apabila di
alam perkerjaan nanti. Seterusnya, pelajar sentiasa menjaga penampilan diri dan
dan tingkah laku semasa di universiti atau kolej lagi. Ini kerana para graduan
mudah membiasakan diri dan mengikuti protokol di tempat kerja kelak. Mana-mana
majikan mahukan pekerjanya mempunyai akhlak dan pandai menguruskan diri dengan
baik.
Di samping itu, pelajar haruslah menerapkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar. Pihak universiti atau kolej meletakkan satu kursus kemahiran komunikasi di tempat kerja. Contohnya, kursus “Core Ability” dan “English For Communication” yang mengajar tentang cara berkomunikasi di tempat kerja dengan baik. Akhir sekali, kemahiran insaniah diperlukan untuk memahami matlamat dan wawasan syarikat, untuk mengenali niat kerja, untuk menyampaikan dan menerima idea, untuk memupuk persekitaran bekerja yang selesa dan selamat serta untuk membolehkan pekerja mencapai potensi maksimum mereka.
RUJUKAN
Mat, N., Noordin, M. S., & Abdullah, N. A. (2017).
Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar Melalui Badan Beruniform Di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20 (1).
Nurul Salmi, & Zainuddin Ahmad. (2019).
Intergenerational communication across the life span. New York: Lawrence
Erlbaum Assoc. Inc.
Elizabeth. (2020). How to make people like you in 90
seconds or less [Bagaimana membuat orang menyukai anda dalam 90 detik atau
kurang]. Batam: Interaksara Batam Centre.
Nasrudin Subhi. & Zalilah Ali. (2020). The role of
coping in mediating the relationship between positive affect and school
satisfaction in adolescents. Children Indicators Research, 3, 349-366
Fadzilah Rahman. (2021). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
.jpg)




Comments
Post a Comment